Wednesday 08th of September 2010

news blog logo
news menu leftnews menu right
Muktamar ke-56 saksikan kelainan
Ditulis oleh Harakah Print   
THURSDAY, 27 Mei 2010 11:41

 

 

PENGKALAN CHEPA, 27 Mei - Sehingga kini lebih 50 peratus persiapan bahagian dalam dan luar Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) selesai menjelang Muktamar Tahunan PAS Pusat yang akan berlangsung dari 9 hingga 13 Jun ini.



Muktamar Tahunan PAS ke-56 tahun ini kembali diadakan di Putik selepas diadakan di Shah Alam tahun lepas dan di Ipoh tahun sebelumnya. Pengarah Muktamar, Dato' Takiyuddin Hassan berkata, Kelantan telah bersiap sedia menerima tetamu, perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara yang akan berkampung di Kelantan selama lima hari.


"Bagaimanapun muktamar tahun ini ada sedikit perubahan apabila majlis perasmian muktamar Dewan Ulama, Muslimat dan Pemuda diadakan serentak pada 9 Jun kira-kira jam 9 malam bertempat di Putik,


"Manakala keesokkan harinya ketiga-tiga dewan akan melangsungkan muktamar di tiga tempat berasingan iaitu Dewan Ulama di Markas Dewan Ulama PAS Kelantan (Madu) Machang, Dewan Pemuda di Kelantan Trade Centre (KTC) dan Dewan Muslimat di Dewan Duyung, Perdana Resort," kataanya semasa ditemui ketika meninjau persiapan muktamar di Putik, Selasa lalu.


Takiyuddin yang juga Penolong Setiausaha Agung PAS berkata, pada pagi 11 Jun perasmian muktamar akan diadakan di Dewan Putik disempurnakan Prseiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.


Manakala pada sebelah petang hari yang sama, muktamar penuh akan diadakan. Muktamar dijadualkan berakhir tengahari 13 Jun.

 


Copyright © 2009 @ Laman Rasmi PAS Pusat. PENAFIAN : PAS Pusat adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini. Dibangunkan oleh Jabatan IT PAS Pusat